Bismillah
Lamanya tak update blog, banyak sangat benda dah jadi for the past few months and everything has been blissful for me so far, ujian pun dikira sebagai nikmat jugak kan :)
Banyak nikmat sebenarnya kita dapat dalam dunia ni,dari yang paling kita sedar sampailah yang sejak azalinya kita dapat, tapi kita kadang2 terlepas pandang yang tu adalah nikmat, jadi kita tak pandang semua tu hanya disebabkan kita xpernah merasa kehilangan atau kekurangan nikmat
Dalam banyak2 nikmat tu, yang paling asas, punca kita bernyawa atas dunia ni, punca kita boleh bekerja, berinteraksi, berjalan, berlari dan semua aktiviti kita bermula dengan nikmat KESIHATAN
Yang Tersayang
Aku selalu tanya customer yang baru nak consume herbalife atau strangers yang aku buat wellness evaluation tu kenapa diorang nak start program lose weight, apa reason diorang, what makes them to suddely decide they want to lose weight after being evaluated? Biasanya banyak reason, nak kawin, saja2 nak try, dah penat gemuk, nak pakai cantik2, smart2, banyaklah. Tapi yang paling kerap aku dengar adalah sebab diorang bimbang pasal future sendiri, not actually their future tapi future mak ayah diorang, isteri dan terutamanya anak2
Biasanya lepas timbang dan evaluate tahap kesihatan diorang, diorang pun akan cerita masalah kesihatan yang diorang ada, cara apa yang diorang pernah try untuk kurus dan sihat macam dulu. Dan ada sorang abang ni, dalam 30an, lepas evaluate then borak2 dengan dia, casually aku pun tanya la,
" Kenapa abang nak lose weight? "
" Penat dik bawak badan macam ni,macam2 masalah ada ni ha, sekarang pun asik
tak sihat je, dengan abang selalu keluar kerja lagi, kesian bini abang nak jaga
anak2 lagi, kadang2 kena jaga abang yang selalu tak sihat ni jugak "
Dan dia pun cerita pasal sakit2 dia then dia sambung lagi
" Kalau boleh kita nak la hidup lama sikit, lagipun anak2 abang kecik lagi,
nak jugak tengok diorang besar, masuk U, kawin, nak jugak merasa semua tu kan.
Tapi kalau dengan tahap kesihatan macam ni abang takut tak sempat je.
Tu yang rasa dah sampai masa kot kena lose weight "
Tu yang rasa dah sampai masa kot kena lose weight "
Bukannya abang tu je yang risau pasal future anak2 dia, kalau nak diikutkan, tak kiralah herbalifers ke customer ke, biasanya kalau parents diorang ada masalah kesihatan, parents diorang yang akan dapat merasa produk dulu, sebab rasa tanggungjawab anak untuk nak tengok mak ayah sihat, sebab bagi diorang itu adalah bahagia
Dan alhamdulillah tahap kesihatan parents diorang improved month by month, bukan ke anak2, bahagia mak ayah pun satu nikmat jugak :)
Untuk sesetengah orang pulak, diorang nak berubah sebab tak nak susahkan orang lain dengan keadaan diorang sendiri yang (mungkin) membebankan orang2 yang rapat macam kawan2 dan jugak mak ayah sendiri, contoh macam Bob
Ni sharing dari Bob (rephrase)
" Dulu masa saya badan besar saya selalu susahkan kawan2 saya, parents saya
sebab saya ada masalah gout yang kronik, pernah sekali masa main futsal,
kena attack gout, kawan2 saya yang terpaksa hantar ke klinik,
bukan sekali dua, banyak kali.
bukan sekali dua, banyak kali.
Rasa bersalah sangat "
" Dengan banyak masalah kesihatan, boleh kata kerap jugak mak ayah saya kena
papah saya bila saya sakit sebab nak kena hantar ke klinik, kena ambik
saya kat merata tempat bila saya sakit, dan benda2 tu buat saya fikir,
sampai bila saya nak macam ni? then saya decide untuk berubah "
Dan sekarang Bob dah pun lose 62kg, gout dia dah tak ada, sangat aktif dengan Fit Club dia, which is setiap pagi sabtu diorang akan jog kat tasik Sek 7 Shah Alam tu, dia coach pulak adik dia yang dah lose more than 35kg, dan best of all siap diundang jadi juri dalam Master Chef lagi untuk evaluate makanan untuk athlete, hikmah dia berubah
Adik Bob, dah lose more than 35kg |
Juri jemputan dalam MasterChef |
Tanggungjawab
We can give so much bila kita sihat, we can do everything bila kudrat kita mengizinkan, we can do our roll, our part untuk orang sekeliling, untuk diri sendiri dan yang paling penting, untuk orang yang kita sayang jika badan kita berdaya. Imagine kalau kita sendiri tak sihat, instead of kita jaga mak ayah kita, kita jaga anak2 kita, mereka yang kena jaga kita, diorang pulak yang susah hati, risau selalu sebab kondisi kita
Bayangkan, kalau dalam satu family tu ada 5 orang, tapi suddenly sorang sakit, semua orang senang hati ke? Confirm semua akan automatik 'sakit' sekali
Kadang2 sakit ni adalah pilihan kita sendiri yang tak mahu berubah kearah yang lebih baik bila kita sendiri tahu, badan kita makin hari makin tak sepertinya lagi
Pada aku hidup ni bukannya sementara macam orang selalu kata, so kenapa perlu susah2 pening2 nak jaga kesihatan? Tapi mungkin kita lupa life itself is a long journey, very elaborated dan bila kita mengembara, boleh ke kita mengembara dengan keadaan yang serba kekurangan dari segi kudrat dan kesihatan?
Bayangkan, kalau dalam satu family tu ada 5 orang, tapi suddenly sorang sakit, semua orang senang hati ke? Confirm semua akan automatik 'sakit' sekali
Kadang2 sakit ni adalah pilihan kita sendiri yang tak mahu berubah kearah yang lebih baik bila kita sendiri tahu, badan kita makin hari makin tak sepertinya lagi
Pada aku hidup ni bukannya sementara macam orang selalu kata, so kenapa perlu susah2 pening2 nak jaga kesihatan? Tapi mungkin kita lupa life itself is a long journey, very elaborated dan bila kita mengembara, boleh ke kita mengembara dengan keadaan yang serba kekurangan dari segi kudrat dan kesihatan?
Ingat 5 perkara sebelum 5 nya. Punca kepada segalanya adalah kesihatan kita sendiri untuk semua situasi macam sebelum kita sakit, masa kita tua, masa kita miskin, masa kita sibuk, sebelum kita pergi menghadap Illahi. Semuanya menuntut kesihatan yang baik kan?
Jagalah kesihatan korang macam mana pun, pilih makanan yang berkhasiat, do workout, exercise often, janji sihat, jangan take for granted kesihatan kita sekarang, supaya kita dapat jalankan role kita sebagai hamba, sebagai manusia dan tak susahkan orang yang sayangkan kita, physically or mentally
Sebab nikmat yang kita ada adalah amanah, dan amanah asasnya adalah tanggungjawab, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tapi juga untuk yang kita sayangi
Till then,
Assalamualaikum :)
" Take care of your body, it's the only place you have to live - Jim Rohn "
No comments:
Post a Comment